Seni Grafiti Nukilan Dinding !!

Assalamualaikum...seni merupakan sesuatu yang subjektif dan terpulang kepada persepsi individu itu sendiri...ada yang bergiat dalam arena seni untuk mencari rezeki dan segelintirnya juga ingin mencari kepuasan berkarya...hari ni caer nak preview salah satu seni yang sudah dianggap komersial iaitu grafiti...
Grafiti berasal daripada perkataan Itali "grafiato" bermaksud "scratched"...tapi menjelang zaman moden ia boleh dianggap sebagai sebarang abjad , imej lakaran , teknik cat , teknik semburan dan teknik ukiran pada permukaan objek kebiasaannya pada dinding...hanya bersandarkan pada modal equipment bergrafiti seseorang tenaga mahir mampu menghasilkan karya yang sangat cool untuk dipertonton...
Setelah survey dibuat caer rasa hanya equipement ni sahaja yang diperlukan bagi menghasilkan grafiti...jom check it out !!

1) Dinding yang blank untuk hasilkan masterpiece grafiti....kebiasaannya dinding masih dalam keadaan yang baik bagi memudahkan sesi menconteng...jangan conteng dinding rumah jiran sudah..kih3



2) Spray paint , marker pen dan brush digunakan untuk mengecat dinding...ada juga grafiti yang mempelbagaikan penggunaan equipment ni sebagai medium tulisan

3) Spray cap perlu ada banyak jenis untuk memudahkan kerja2 lining dan sizing...semburan bagi tiap2 jenis cap ni adalah berbeza ketebalannya...

4) Spray mask merupakan equipment yang digunakan untuk menutup saluran pernafasan sewaktu kerja2 spray dijalankan...impaknya kalau terhidu banyak sangat cat ialah hilang ingatan...so make sure pakai mask atau handkerchief sebelum nak spray...

5) Sketch book diperlukan untuk membuat lakaran awal konsep...jadi segala curahan idea boleh dilakar sebelum ianya diaplikasikan kat dinding...

P/s : jadi pada sesiapa yang berminat korang boleh contact2 dengan mana2 freelancer grafiti...kalau tak silap kat Malaysia ni antara group grafiti yang cambest ialah The Super Sunday...kalau berminat sila la ringan2 tangan layari webpage kat facebook "Thesupersunday Conceptstore"

Blogger Widgets

Robot Penjual Aiskrim !!

Assalamualaikum...seiring teknologi yang semakin membangun , negara matahari terbit ( Jepun ) ni giat mengusahakan pelbagai macam cara bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti dalam setiap hasil pengeluaran mereka...justeru Syarikat Yasukawa telah mengambil inisiatif mencipta robot yang diberi nama Robot Yaskawa-kun....menariknya robot ni dicipta bagi menghasilkan aiskrim sekaligus menarik minat komuniti tempatan terutama golongan sasaran kanak2 untuk membeli aiskrim...


Robot ni beroperasi di kawasan luar bandar Tokyo...dek kerana fizikal luaran robot ni sentiasa tersenyum girang jadi budak2 makin excited nak membeli aiskrim...kih3...frankly , caer pon rasa excited jugak nak beli kalau jadi budak2 tu...


Video ni menunjukkan macam mana robot ni bekerja...sangat rajin mencari rezeki demi sesuap nasi...kih3

Nyum3...tengok je dah boleh meleleh air liur...petang ni caer nak makan aiskrim la...korang nak tak ? kih3
P/s : caer rasa kagum dengan teknologi zaman sekarang...dek kerana inovasi , kreativiti dan pemikiran yang long sighted maka terwujudlah semua ciptaan ni...hebat kan ? kagum2

Blogger Widgets

Kaca Mata Perakam !!


Assalamualaikum...kalau dulu orang sering menganggap kaca mata sebagai pelengkap gaya...tetapi revolusi terus bergerak seiring dengan teknologi yang semakin mencanak...sebelum ini ada keluaran yang memasarkan kaca mata kalis cahaya ultraviolet dan variasi warna mengikut cuaca...terbaru pasaran dunia telah digemparkan dengan kaca mata perakam yang diberi nama Immortal Video Sunglasses...tengok luaran sahaja sudah nampak stylo jika dipakai...tapi cermin mata ni ada special feature yang telah melengkapkan ciri2 yang memang kewl...check it out !!

Pandangan sisi
Pandangan depan


Kaca mata ni berkeupayaan merakam sebarang pemandangan yang dilihat...spesifikasinya resolusi 736 x 480 berserta bateri mampu bertahan selama 2 jam setengah rakaman...internal memori pula bersaiz 4GB...cool kan ? Jadi memandangkan kaca mata ni dilengkapi dengan spesifikasi perakam maka gunalah ia untuk kebaikan ye...kih3

P/s : caer pon tak pasti harga dia berapa di Malaysia...jadi sila check it out harga di pasaran terdekat...kih3...nampaknya tangan caer dah mula membaik...trimas pada semua yang telah mendoakan kesembuhan caer...korang memang terbaik !!

Blogger Widgets

Pixie Bike : Kecil Tapi Menarik !!


Assalamualaikum...lately banyak sukan yang telah dipertengahkan dan menariknya majoriti golongan belia selalunya menceburi sukan2 pelik ni...salah satu sukan yang pelik ni ialah pixie bike...sebagai info , pixie bike merupakan aktiviti berbasikal yang completely berbeza dan sangat pelik...kalau berani cubalah...kih3


Disebabkan saiz pixie bike yang kecil berbanding penunggangnya , kaedah kayuhan dan tunggangan lebih mencabar...so secara tidak langsung ia menguji daya ketahanan kaki dan tulang belakang...tangan pon boleh pedih...jadi make sure pakai glove sebelum mengayuh...

Sesi berlumba merupakan major aktiviti dalam sukan pixie bike ni...

Cuba kayuh basikal atas titian macam time nak ambik lesen motor...kih3

Salah balance maka menyembah bumilah jawabnya... !!

Mengayuhlah seperti kanak2 riang dan have fun !!

INFO : Sebenarnya pixie bike popular di Kanada dan sudah menjadi salah satu aktiviti berbasikal paling popular...atas alasan tu , ia telah dijadikan acara sukan tahunan...tapi di Malaysia penerimaan sukan ni belum lagi diperkenalkan...so ada siapa2 nak jadi pioneer dipersilakan...kih3

P/s : entri ni caer lebih banyak menggunakan visual gambar kerana tangan masih sakit gara2 accident...alhamdulillah kaki caer sudah bertambah baik...diharap supaya teman2 semua mendoakan kesembuhan buat caer...trimas ye !!

Blogger Widgets

Blogwalking Software Cambest !!

Assalamualaikum...hari ni waktu balas kunjungan sahabat2 caer came across dengan seorang blogger yang bernama saudara BLUR...kebetulannya , saudara BLUR ada menyediakan pelbagai tutorial dan tips2 untuk meningkatkan tarik blog untuk tatapan para blogger di luar sana... frankly caer memang dah lama mencari software untuk blogwalking...hehe...


Blogwalking Software New Version

Kelebihan menggunakan blogwalking software ni adalah :
1) Menjimatkan masa
2) Tidak melawat blog yang sama dalam masa yang terdekat
3) Meningkatkan trafik dengan lebih sistematik
4) Boleh membaca dan komen post mereka

Bagi sesiapa yang berminat korang semua dijemput untuk singgah ke blog saudara BLUR untuk info yang lebih lanjut !!

Blogger Widgets

Melukis Manga Dengan Windows ComiPo !!

Pengurus besar bahagian jualan , Keiichi Tanaka

Assalamualaikum...terbaru syarikat Web Technology Com Corporation telah menghasilkan sejenis perisian windows yang dipanggil ComiPo...menariknya , ia membolehkan pengguna mencipta manga sendiri dengan karakter dan background 3D...model2 watak pracipta bersama background dalam bentuk 3D membolehkan pengguna mengubah sudut ketika mencipta petak manga mereka sendiri....cool kan ?



Step 1 : pengguna boleh memilih karakter dan mengubahsuaikan rekaan karakter manga dengan gaya , warna rambut , mata , ekspresi , baju dan ciri2 lain yang dikehendaki...

Step 2 : pengguna boleh memasukkan background dalam kotak2 dan menjadikannya seolah2 dalam komik anime...


Step 3 : part paling cambest pengguna boleh memasukkan dialog...terpulang kepada kreativiti untuk menjadikan hasil manga tu jadi lebih menarik dengan dialog2 yang kelakar...kih3


ComiPo menampilkan karakter Comipo-chan yang akan memberi panduan kepada pengguna dan menariknya ia menggunakan suara Nayaka Sayaka dari kumpulan idola Jepun , AKB48...comel kan awek ni ? kih3...silap2 manga ni comel kan ? kih3...
P/s : caer pon tak pasti kat sama ada Malaysia ada menjual windows ComiPo ni...setahu caer windows ni dah launch kat Tokyo dimana ianya sendiri dicipta di sana...frankly classmate caer pandai lukis manga..so teringin la jugak nak challenge dia...kih3...

Blogger Widgets

Jepun Menewaskan China ?

Assalamualaikum...hari ni caer ingin berkongsi dengan sahabat2 semua mengenai pertandingan yang melibatkan antara Jepun dan China...dua2 ni merupakan negara gergasi yang masing2 menguasai teknologi seiring dengan peredaran masa...dijadikan cerita dua buah negara ni telah mengadakan pertandingan ujian larut kertas tandas...hehe......objektifnya dorang nak pastikan kertas tandas mana paling cambest...kih3





Kertas tandas dari Jepun telah membuktikan ianya lebih baik kerana mudah larut dengan cepat di dalam air...pertubuhan standard Jepun telah menetapkan bahawa ia harus larut dalam masa lebih kurang 100 saat jika dibuang ke dalam mangkuk tandas....dalam eksperimen yang dibuat dengan produk Jepun vs China , kertas tandas buatan China tidak terlerai seperti kertas tandas buatan Jepun...hal ini membuktikan ianya lebih dijamin tidak akan berlakunya tangki tandas sumbat di rumah..hehe

P/s : caer sengaja tak habiskan tajuk entri ni...kih3...sebenarnya tajuk entri kali ni "Jepun Menewaskan China Dalam Ujian Larut Kertas Tandas"...tapi macam panjang sangat la pulak...hehe...a'ah caer tertanya2 ada tak sukarelawan untuk membuat eksperimen dengan kertas tandas tempatan ? hehe...teringin jugak nak tengok macam mana hasilnya...ada berani ?

Blogger Widgets

Tutorial : Membuat Show / Hide Button



Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi satu lagi tutorial yang caer sendiri telah aplikasikannya di dalam blog....fungsi button show / hide ni adalah bertujuan untuk menjimatkan ruang di dalam blog dan boleh make sure blog menjadi simple serta kemas...tutorial ni caer tujukan buat sahabat2 blogger terutama buat blogger PERGH yang telah request tutorial pagi tadi...hehe...jom cuba !!

1) Login blog >> dashboard >> design >> add a gadget >> HTML / javascript

2) Masukkan kod di bawah dalam ruangan yang disediakan
<center><div><div style="margin: 5px;">
<div style="margin-bottom: 2px;" class="bigfont"><input style="margin: 0px; padding: 0px; width: 95px; " value="Ketuk" onclick="if (this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[1].getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[0].style.display != &#39;&#39;) { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[1].getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[0].style.display = &#39;&#39;; this.innerText = &#39;&#39;; this.value = &#39;Tutup&#39;; } else { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[1].getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[0].style.display = &#39;none&#39;; this.innerText = &#39;&#39;; this.value = &#39;Ketuk&#39;; }" type="button" />
</div>
<div style="border: 0px inset ; margin: 0px; padding: 6px;" class="alt2">
<div style="display: none;">

( Korang boleh ubah perkataan "ketuk" dan "tutup" tu mengikut citarasa tersendiri )

3) Masukkan koding yang korang mahukan.Contohnya : shoutbox , post terkini etc

4) Masukkan koding di bawah ni sebagai penutup
</div></div></div></div></center>

5) Preview dan save jika sudah berpuas hati

P/s : sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen kat entri ni bagi memudahkan caer untuk membalas...selamat mencuba !!

Blogger Widgets

Apa Itu Naruto ?


Assalamualaikum...seperti yang diketahui umum Naruto merupakan 1 siri manga yang dihasilkan oleh seorang kartunis yang bernama Masashi Kishimoto...legasi besar telah berlaku apabila anime ni mula ditayangkan di kaca televisyen dan telah mendapat feedback yang hangat daripada penonton meliputi segenap lapisan umur...penerimaan penonton terhadap anime ninja ni telah membuka sayap yang lebar buat pencipta anime Naruto bergiat lebih aktif dalam penghasilan karyanya...tapi persepsi sebenarnya apakah maksud Naruto yang sebenarnya ?

Ilmiahnya , Naruto sebenarnya ialah satu bahan di dalam Ramen ( mi sup ala Cina )...kepada sahabat2 yang sudah mengikuti siri anime Naruto mesti pernah tengok macam mana "Naruto" ni kan ?


Naruto adalah sejenis kuih ikan ( bentuk pusaran merah kat tengah kek )...bahagian putih Naruto diperbuat daripada pes ikan dan bahagian berpusar diperbuat dari herba yang berbeza...kebiasaannya , orang Jepun panggil "Narutomaki" yang bermaksud "Naruto Gulung"...sebenarnya Naruto tidak membawa sebarang maksud pon tapi disebabkan ianya merujuk "pusaran" atau "gulungan"...


Naruto juga merupakan sebuah selat...Selat Naruto , perairan di antara Naruto di Tokushima dan Pulau Awaji di Hyogo terkenal dengan banyak pusaran yang muncul apabila ombak naik dan turun...nama Naruto di dalam tulisan kanji bermaksud "pintu mengaum" disebabkan bunyi kuat apabila apabila pusaran muncul...

P/s : sebenarnya banyak lagi info yang lebih menarik jika membaca tentang budaya2 Jepun...frankly caer memang teruja bila membaca artikel ni...so kalau korang teringin nak tahu lagi budaya Jepun rajin2 la cari buku2 ilmiah untuk menimba ilmu...hehe


Blogger Widgets

Kamera Kotak Susu !!

Assalamualaikum...menjelangnya zaman teknologi pelbagai gadget dicipta...era moden kini kamera bukan lagi dianggap kehendak buat pengguna bahkan sudah menjadi keperluan buat pencinta gambar...terbaru pasaran dunia telah digegarkan dengan penciptaan kamera kotak susu...istimewanya kamera ni didatangkan mengikut bentuk asal kotak susu dan terdapat 4 jenis corak untuk dipilih iaitu kotak susu yum yum , gulp , jus buah sunny dan strawberry...

Kamera berbentuk susu kotak , Wonder milk
Kamera berbentuk susu kotak , Yum Yum
Kamera berbentuk susu kotak , Gulp
Kamera berbentuk susu kotak , Strawberry
Kamera berbentuk susu kotak , Sunny

Kamera ini menggunakan filem 35mm dengan lensa f/9.5 28mm...bagi tiap2 snap kelajuan tangkapan ialah 1/100 dan jarak tangkapan bermula dari 1 meter...kamera ni didatangkan dalam gambar bergaya retro dan mengikut bentuk kotak susu berukuran 33.6 x 63.5 x 99.8mm...cool kan ?

Jadi kepada korang yang berminat korang boleh dapatkan gadget ni dipasaran...harga pasaran sekarang gadget ni bernilai lebih kurang RM155...so kepada yang ada duit lebih dan ingin menjadikannya sebagai koleksi caer rasa ini adalah pilihan yang tepat...hehe

Blogger Widgets

*strictly no linkies churp2,
youthsay etc in my
shoutbox..thanks*
 
copyright reserved by caersasuke