Tebiat Semester Baru

Assalamualaikum..lama sudah tak menjengah sesawang blog ni..rasa nak menulis memang membuak-buak sampai idea mengarang dan cerita mana yang patut nak didahulukan pun tak ketahuan..tapi bila nak menaip hilang semua idea mencurah-curah tadi..almaklumlah umur sudah makin meningkat ingatan pun kurang membaik..sejak beberapa bulan ini banyak juga bermuhasabah diri dan mengenang cerita-cerita lama..mungkin sebab cerita lama lebih bermakna untuk diingati daripada cerita baru..tapi tak bermakna cerita baru kurang pentingnya..sebab masih menanti saat manis dalam sinetron baru dalam kehidupan sebagai manusia kerdil di atas muka bumi Allah yang tercipta serba nan indah

Esok bakal bermulanya semestar baru dan sedar tidak sedar sudah masuk semestar 6..alhamdulillah berkat kerajinan (rajinlah sangat) dapatlah meneruskan pengajian dengan jayanya..jika dihitung pastinya tahun hadapan merupakan saat gemilang untuk diraikan..tapi tahun depan terlalu banyak benda perlu diharung..mana nak siapkan thesis, action research, proposal yang segala macam pastinya menambah rencah kepayahan dalam kamus kehidupan student macam aku...hentikan keluhan dulu sebelum membuat sebarang kerja..sebab lepas mengeluh pastinya akan wujudnya runut bunyi di dalam hati "perlu ke aku buat semua benda-benda memeningkan kepala ni?"..jadi cara terbaik adalah melayan hati secara baik dan dahulukan apa yang perlu dibuat...elakkan bertangguh!!

Dalam satu tahun setengah lagi akan berakhirlah segala penderitaan dalam diri dan kembali kepada kehidupan normal..tapi tidak perlulah rasanya aku merungut..sebab aku hanya diuji sedikit dan semuanya boleh diselesaikan..segala ujian yang diberiNya pasti ada terselitnya kekuatan buat diri untuk terus bertahan..mana mungkin aku masih berfikir secara wajar setelah berkali-kali hentaman secara mental dan fizikal diberi...alhamdulillah aku masih sihat dan motivasi dalam diri masih lagi pada aras yang memuaskan...

Untuk kesekian kalinya, aku berazam untuk membuat emak dan semua manusia yang mengenali diriku bangga kerana pencapaianku..dan sentiasa mendoakan kejayaan aku selalu..begitu juga buat abang dan kakak kesayanganku yang akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan dan menamatkan pembelajaran di peringkat sarjananya...insyaAllah doakan aku, mereka dan seisi umat Islam berjaya..amin
Blogger Widgets

In The End

Assalamualaikum..

Musim panas beralih musim tengkujuh membawa hujan rahmat dan membasahi lantai dunia yang kian retak dahagakan titisan air dari langit..begitu juga pergolakan hati yang gundah kembali pada paksi asalnya..kembali tenang dan diri kembali bernafas..beruang polar di gugusan pun rasanya sudah penat berhibernasi dan kembali aktif..begitu juga caer yang merasakan peralihan masa yang semakin hampir kepada penghujungnya..apakah analogi ini jauh tersasar daripada pembayangnya? hehe teruskan saja pembacaan insan kerdil yang cintakan bahasa ini

Lama juga tidak bertandang ke sesawang blog ini dek kerana kekangan masa, lambakan kerja, ketandusan idea dan jadual terlalu compact untuk disesuaikan hari serta masa untuk mengupdate entri baru..alhamdulillah diri masih bernafas dan merasai nikmat kesihatan yang makin membaik..almaklumlah demam untuk beberapa hari lepas ditambah pula dengan sakit tekak, batuk dan hidung tersumbat..luckily it was temporary..tapi biasalah mana ada sakit kejap-kejap..jadi dalam seminggu lebih ini adalah lebih baik caer muhasabah diri dan banyakkan mengingatiNya..

Masa-masa yang ada sekarang ini caer harap dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga..sambil mendengar lagu "rindu setengah mati- D'massiv" memang rasa terbuai..rindu pula dengan masa kanak-kanak dan rindukan masa bersama keluarga yang sempurna..Al Fatihah buat arwah abah yang sudah meninggalkan kami sejak 9 tahun yang lalu..sekarang kami semua sudah berjaya..Abah rindu sangat




Blogger Widgets

*strictly no linkies churp2,
youthsay etc in my
shoutbox..thanks*
 
copyright reserved by caersasuke